minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

PILU DAN SEDIH RASANYA

Saya ialah seorang yang suka membaca tulisan marhain tua. Selama ini saya dapati tulisannya banyak membongkar rahsia yang tidak diketahui umum. Marhain tua juga banyak menulis berdasarkan pengalaman beliau sendiri.

Apa yang saya ingin tulis kali ini ialah tentang tulisannya yang terbaru bertajuk 'Antara Penjara dan Penjarah'. Marhain Tua (MT) dengan baik sekali mengulas isu yang berlaku di tanah air kita. Beliau telah menyusun masalah-masalah yang ditimbulkan dan mengaitkan nya antara satu sama lain. Saya sendiri pun sejak dari dulu hairan melihat masalah-masalah yang ada seperti pendatang indonesia, masalah kaum India, masalah polis terlibat dalam jenayah, dan sebagainya. Masalah polis ini memang saya akui sendiri kerana kaum kerabat saya sendiri terlibat. Beliau telah dihukum penjara kerana
merompak dengan menggunakan pistol yang dirampas dari penjenayah.

Saya merasa sedih dan pilu sekali kerana mengenangkan ramai lagi orang tidak sedar tentang masalah dalaman yang berlaku di tanah air kita. Hari ini, saya tidak dapat bezakan samada sesuatu isu yang timbul itu didalangi politik atau tidak. Saya tidak dapat lagi memikir secara rasional kalau berdasarkan tulisan-tulisan akhbar atau kenyataan menteri-menteri. Apabila membaca semua sumber berita (internet, surat khabar, ceramah, dll) barulah dapat membuat kesiimpulan terhadap sesuatu isu.

Saya tidak dapat bayangkan apa akan terjadi pada jenerasi akan datang. Mereka ini  akan keliru antara yang baik dan yang buruk. Apa yang nampak didepan mata atau pun yang terpampang didada akhbar tidak lagi serupa dengan apa yang sebenar.

Dengan ini, saya menyeru kepada semua rakyat malaysia agar bangun dan berusaha lebih gigih menjadikan tanah air kita ini sebagai tempat yang lebih makmur dan aman.

Allahu akbar.

Marhain Muda

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter